Kelayakan: Fasih berbahasa mandarin. Tahap minimum SPM dan terlatih berkaitan bidang tugas.
Tanggungjawab:
- Bertanggungjawab menerima, menapis dan menyambungkan semua panggilan telefon masuk kepada individu yang berkaitan. Mengambil serta menyampaikan mesej sekiranya individu berkenaan tidak dapat dihubungi atau tiada di tempat.
- Mengurus semua urusan surat-menyurat dan kurier masuk/keluar serta memastikan nota penghantaran difailkan dengan teratur dan rekod berkaitan diselenggara dengan baik.
- Menyambut dan melayan kehadiran pelawat serta memaklumkan kepada pihak atau individu yang berkenaan.
- Memastikan semua bilik mesyuarat sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
- Memastikan kawasan kaunter penyambut tetamu sentiasa bersih, kemas dan profesional pada setiap masa.
- Menyediakan minuman untuk pelawat serta memastikan bekalan minuman sentiasa mencukupi.
- Membantu menyusun dan mengumpulkan invois mengikut arahan yang diberikan.
- Membuat pengumuman atau memanggil pekerja apabila diperlukan.
- Mematuhi serta peka terhadap aspek keselamatan, Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS).
- Menjalankan lain-lain tugas berkaitan seperti yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.